Aspiring Malaysian Rijal atau lebih dikenali sebagai AMIR merupakan sebuah persatuan
mahasiswa muslim Malaysia di Jepun. AMIR menggalas aspirasi yang tinggi untuk melahirkan Rijal iaitu pemuda atau mahasiswa Malaysia yang cemerlang intelektualnya,
mapan syakhsiahnya, tinggi nilai dirinya bagi membawa misinya sebagai seorang
muslim. Persatuan ini ditubuhkan pada 28 April 2002 di Tokyo International
Exchange Center, Odaiba. Kini usia AMIR telah mencecah 10 tahun dan telah
mengorak langkah seiring dengan persatuan-persatuan lain di Jepun seperti MSAJ,
IPIJ dan KUJ. AMIR berhasrat untuk menjadi sebuah persatuan yang memberi
manfaat kepada masyarakat mahasiswa di Jepun, samada dari aspek pendidikan,
pembinaan insan, kekeluargaan dan kebajikan.