PAMERAN


1) AMIR(Aspiring Malaysian Rijal)

Memperkenalkan AMIR sebagai penganjur karnival pendidikan ini bermula dari latar belakang,visi dan misi sehingga aktiviti yang telah dilaksanakan semenjak penubuhannya. Para pengunjung bebas bertanya dan memberi pendapat untuk pembaikan pada masa kini demi kebaikan masa hadapan.

Anda boleh lawati website AMIR untuk gambaran yang lebih jelas.

2) AHLAM STORE

 




Ahlam store merupakan kedai online yang ditubuhkan oleh AMIR, menjual pakaian dan aksesori. Selain itu,ahlam turut menjual buku-buku biografi,hadith & quran,sejarah,kepimpinan,motivasi dan lain-lain. Rangkaian pakaian mahupun cenderahati oleh Brotherhood Arts turut dijual. Pada hari karnival tersebut AHLAM dibawakan khas kepada anda...
Anda juga boleh lawati website AHLAM Store.


3) ISU GLOBAL
Dalami pengetahuan tentang isu global terutamanya isu Palestin.Turut menyentuh mengenai revolusi dunia arab yang berlaku sejak kebelakangan ini. Apa yang kita boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di sana?Lawati booth isu global.



4) ISU SOSIAL


Mengupas isu semasa yang berkaitan dengan masalah sosial di negara kita. Diadaptasi daripada kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya zina khususnya di kalangan remaja, serta menekankan kepentingan pelajar menjaga akhlak moral dalam penglibatan sosial khususnya di Jepun.



5) 進学/就職
Jika anda seorang pelajar,jangan lepaskan peluang melawat booth 進学 (sambung belajar) dan 就職 (pekerjaan). Anda berpeluang mencari maklumat bermula dari jenis scholarship,cara memohon sehingga prosedur memohon. Dapatkan juga tips temuduga dari orang yang berpengalaman!!




6) SEERAH
 
Berminat dengan seerah?Anda boleh mendalami seerah mahupun memupuk minat untuk menghargai seerah dalam diri anak-anak anda melalui 'timeline seerah',kartun seerah,paparan interaktif melalui media elektronik dan pop kuiz di booth ini.




7) SURVIVAL @ NIHON

Adakah anda sudah membiasakan diri dengan kehidupan di Jepun? Lawati booth suvivaliti untuk mendapatkan info-info yang berguna untuk kehidupan anda di Jepun seperti cara-cara menghadapi gempa bumi, cara menggunakan pengangkutan awam dan lain-lain.





8) JUALAN MAKANAN


Beberapa gerai makanan akan dibuka bagi memenuhi selera pengunjung. Ruang khas ada disediakan untuk pengunjung menjamu selera dengan selesanya.Anda berpeluang menikmati juadah melayu yang beraneka,dan semestinya dengan harga yang berpatutan..!
Senarai jualan makanan adalah seperti di bawah:

4 MEI 2012:
Gerai Halal Corp      - 牛丼(gyudon)
Gerai Caklempong   - Nasi kerabu + ayam percik + daging bakar
                                    - Sate + nasi himpit + kuah kacang
                                    - kuih muih tradisional Malaysia
Syazwan's Stall        - Nasi Beriyani
                                    - Kebab

5 MEI 2012:
Gerai Halal Corp      - 牛丼(gyudon)
Gerai Caklempong   - Nasi dagang + gulai ikan/gulai ayam
                                    - Coney dog (sosej topping daging kisar di dalam roti)
                                    - Kuih muih tradisional Malaysia
Syazwan's Stall        - Nasi beriyani
                                    - Kebab




9) AKTIVITI DAN PERMAINAN
Beberapa aktiviti menarik berupa pertandingan disediakan dan hadiah turut disediakan untuk anda.
Antaranya:ukir kulit buah limau,teka silang kata,jenga,puzzle, dan mewarna untuk kanak-kanak.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya!!