Lokasi AEF 2012 : Saitama Plaza West

Saitama Plaza West
Saitama Plaza West telah dipilih sebagai lokasi AMIR Education Fair 2012, yang bakal berlangsung selama dua hari dalam waktu cuti Golden Week, pada 4 dan 5 Mei ini. Jika ada yang masih ingat, Saitama Plaza West juga merupakan lokasi yang sama bagi program berprestij, Keranamu Palestina anjuran Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) pada tahun lepas. Ia terletak berhampiran dengan Saitama University, di Saitama-shi, Japan.

Program utama bakal berlangsung di Sakura Hall, manakala booth pameran akan dibuka sepanjang hari program di Multipurpose Room (多目的ルーム)bersebelahan. Untuk akses ke lokasi karnival, bolehlah dirujuk di bahagian akses.

Sakura Hall
Multipurpose Room

Sekilas Pandang


AMIR Education Fair 2012 adalah satu platform ilmiah yang mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Malaysia di Jepun, dari seorang warga Malaysia yang datang melancong hinggalah ke sebuah keluarga yang beranak-pinak di negara matahari terbit ini. Karnival pendidikan ini menjadi medan perkongsian dari tokoh-tokoh terkemuka Malaysia yang dijemput khas untuk membahaskan isu-isu global semasa khusus untuk rakyat Malaysia di Jepun yang prihatin. Turut menjadi meja bulat diskusi ilmiah antara golongan-golongan elit di Jepun, samada yang belajar mahupun bekerja. Dengan bertemakan “Infinite Idea : Connecting the Next Generation”, seluruh generasi pelapis bekerjasama memanfaatkan karnival ini sebagai medium curahan idea seterusnya menjadi titik temu dan mula ke arah mencorakkan masa depan Malaysia harmoni.