Daftar segera!!


Pendaftaran telah pun dibuka. Anda boleh membuat pendaftaran secara online di bahagian  pendaftaran. Penyertaan terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia di Jepun.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 April 2012. 


Memandangkan pendaftaran yang amat menggalakkan, kami akan buka pendaftaran sehingga hari pendaftaran.


SETAKAT INI KAMI TELAH MENERIMA PENDAFTARAN MELEBIHI 285 ORANG!


Daftar segera sebelum terlambat. 

Masuk adalah percuma!! Datang beramai-ramai.
Jumpa anda di sana...

Pelbagai makanan menarik akan dijual!!

Bagi anda yang berfikir-fikir tentang makanan apa yang akan dijual pada hari program,anda tidak perlu risau lagi kerana pelbagai jenis makanan akan dijual yang pasti akan menggamit selera anda..
Tidak perlu berjaga malam menyediakan bekal,hanya datang dan luangkan masa anda bersama kami.
Untuk rujukan,kami lampirkan bersama senarai makanan yang akan dijual pada hari program.

Sudah semestinya dengan harga yang berpatutan..!!

4 MEI 2012

~ Gerai Halal Corp ~
牛丼(gyudon)

~ Gerai Caklempong ~
Nasi kerabu, ayam percik, daging bakar
Sate, nasi impit, kuah kacang
Kuih muih tradisional Malaysia

~ Syazwan's Stall ~
Nasi Beriyani
Kebab


5 MEI 2012

~ Gerai Halal Corp ~
牛丼(gyudon)

~ Gerai Caklempong ~
Nasi dagang, gulai ikan / ayam
Coney dog (sosej topping daging kisar di dalam roti)
Kuih muih tradisional Malaysia

~ Syazwan's Stall ~
Nasi beriyani
Kebab

Jadi apa tunggu lagi??mari mendaftar segera!
200 pendaftar pertama akan mendapat cenderahati istimewa dari kami!

dan masuk adalah PERCUMA!!!

Lokasi AEF 2012 : Saitama Plaza West

Saitama Plaza West
Saitama Plaza West telah dipilih sebagai lokasi AMIR Education Fair 2012, yang bakal berlangsung selama dua hari dalam waktu cuti Golden Week, pada 4 dan 5 Mei ini. Jika ada yang masih ingat, Saitama Plaza West juga merupakan lokasi yang sama bagi program berprestij, Keranamu Palestina anjuran Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) pada tahun lepas. Ia terletak berhampiran dengan Saitama University, di Saitama-shi, Japan.

Program utama bakal berlangsung di Sakura Hall, manakala booth pameran akan dibuka sepanjang hari program di Multipurpose Room (多目的ルーム)bersebelahan. Untuk akses ke lokasi karnival, bolehlah dirujuk di bahagian akses.

Sakura Hall
Multipurpose Room

Sekilas Pandang


AMIR Education Fair 2012 adalah satu platform ilmiah yang mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Malaysia di Jepun, dari seorang warga Malaysia yang datang melancong hinggalah ke sebuah keluarga yang beranak-pinak di negara matahari terbit ini. Karnival pendidikan ini menjadi medan perkongsian dari tokoh-tokoh terkemuka Malaysia yang dijemput khas untuk membahaskan isu-isu global semasa khusus untuk rakyat Malaysia di Jepun yang prihatin. Turut menjadi meja bulat diskusi ilmiah antara golongan-golongan elit di Jepun, samada yang belajar mahupun bekerja. Dengan bertemakan “Infinite Idea : Connecting the Next Generation”, seluruh generasi pelapis bekerjasama memanfaatkan karnival ini sebagai medium curahan idea seterusnya menjadi titik temu dan mula ke arah mencorakkan masa depan Malaysia harmoni.